Saturday, May 31, 2008

Is Pak Lah truly sincere?

Apakah benar Pak Lah ingin menghapuskan rasuah di Malaysia dan mengembangkan konsep Islam Hadhari atau Progresif Islam yang diperkenalkan beliau?

Saya amat sangsi dengan keikhlasan serta kejujuran beliau. Ini disebabkan oleh status duit royalti minyak 5% Negeri Terengganu yang masih dipegang dan dikuasai oleh Kerajaan Pusat dibawah pengaruh UMNO. Atau secara ringkasnya dibawah kuasa Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Duit royalti tersebut telah disekat dan dikuasai oleh Kerajaan Pusat apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999 hingga 2004. Secara ringkasnya keputusan sekatan atau penahanan duit royalti tersebut dibuat oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Alasan penahanan duit royalti tersebut hanyalah politik semata-mata. Ia tidak disokong oleh fakta dan undang-undang yang sediaada dan terpakai di Malaysia pada masa itu.

Suka atau tidak suka, majoriti rakyat Terengganu telah mengundi PAS secara demokrasi untuk memerintah Negeri Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004. Ini perlu dihormati oleh semua pihak terutamanya Kerajaan Pusat. Keputusan pilihanraya umum tahun 1999 di Terengganu juga tidak dimansuhkan oleh Mahkamah.

Keputusan menahan duit royalti tersebut untuk diberi terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu adalah suatu penghinaan dan kezaliman nyata kepada rakyat Terengganu. Apakah Kerajaan Pusat atau UMNO ingin menyatakan bahawa mentaliti dan pemikiran rakyat Terengganu yang mengundi PAS adalah bodoh dan tidak setaraf dengan rakyat negeri lain. Katakanlah! universiti mana di dunia ini yang tidak dimasuki oleh orang PAS atau penyokongnya.

Kerajaan PAS hanya berkesempatan mendapat duit royalti minyak tersebut di awal tahun pemerintahannya, iaitu sebanyak tidak kurang dari RM400 juta. Selepas itu Kerajaan Pusat gagal menyerahkan duit royalti tersebut kepada Negeri Terengganu secara terus mengikut tradisi sebelum itu yang diamalkan semenjak pemerintahan Tan Sri Dato’ Wan Mokhtar iaitu bekas Menteri Besar Terengganu.

Pada 22 Mac 1975 suatu Perjanjian bertulis telah dimasuki diantara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS dimana PETRONAS antara lain berjanji untuk membayar 5% secara tunai setiap tahun daripada nilai hasil minyak yang dikeluarkan daripada Negeri Terengganu. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Tengku Razali Hamzah bagi pihak PETRONAS dan Tan Sri Wan Mokhtar (bekas Menteri Besar) bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu.

Diantara tahun 1978 hingga Mac 2000, PETRONAS telah membayar sebanyak RM7.13 bilion kepada Kerajaan Terengganu.

Under the aforesaid agreement made on March 22, 1975, between Terengganu and PETRONAS, it was agreed that:

1. (1) Petronas shall make to the government cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalent of five percent of the value of the petroleum won and saved in Terengganu and sold by Petronas or its agents or contractors during the period provided in Clause 2.

(2) The value to be applied for the purpose of sub-clause (1) of this cause shall be the realised six-monthly average f.o.b. price obtained by Petronas or its agents.

2. The cash payment payable under this agreement shall be paid semi-annually. Payment in respect of petroleum won, saved and sold in the first half year period shall be made on or before the first day of September and payment in respect of petroleum won, saved and sold in the second half-year period shall be made on or before the first day of March of the following year.

Bagi saya, penahanan duit royalti tersebut adalah suatu rasuah kuasa dan wang terbesar di Malaysia pada masa ini yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat dibawah penguasaan UMNO.

Mungkin ada pelbagai pendapat yang mengatakan bahawa Kerajaan Pusat mempunyai hak untuk menahan duit royalti tersebut kerana minyak tersebut diambil daripada perairan antarabangsa (‘international territorial water’) dan adalah hak kerajaan Malaysia. Jika betul pendapat ini, maka kenapakah Sabah dan Sarawak masih menerima duit royalti minyak 5% daripada Kerajaan Pusat pada setiap tahun.

Suka atau tidak, ini adalah temberang kosong oleh Kerajaan Pusat untuk membutakan mata dan memekakkan telinga rakyat Malaysia terutamanya rakyat jelata yang tidak mempunyai fakta sebenar kes ini. Akibat bencikan PAS, maka rakyat Terengganu yang menjadi mangsa politik kotor UMNO.

Sementara itu Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa YAB Dato' Ahmad Said iaitu Menteri Besar Terengganu sekarang meminta Kerajaan Pusat supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri. Saya menyokong penuh dan berterima kasih atas permintaan Menteri Besar tersebut.

Pada Mac 2008, Tun Dr Mahathir sendiri telah mengakui kesalahannya melalui karangan (article) nya kepada The Sun bertajuk “Role of Rulers in picking Mentri Besar”.

On the Wang Ehsan issue, Mahathir wrote:

“Terengganu is blessed with petroleum deposits. It should get 5% of the total earning from oil production. The Federal Government; fearing the previous PAS government might use this money wrongly had withheld payment.

But when the Barisan Nasional (BN) regained Terengganu the money, now called "Wang Ehsan", was lavishly spent by the Federal Government on Terengganu. It is not a small sum. Over these years "Wang Ehsan" totaled several billion.

We know that since the BN regained Terengganu in 2004, all kinds of projects have been developed in Terengganu. This includes The Monsoon Cup, luxury housing for sale to foreigners, Crystal Mosque and theme park, university, etc. Some of these projects are very good but many are totally unnecessary and wasteful.

But what the Terengganu people are saying is that all these mega projects costing billions of Ringgit have been contracted out to people outside Terengganu. Terengganu contractors got practically nothing.

But additionally, they say the contracts all went to one person and they are suspicious that behind this person are members of the first family. The rumours also say that the previous Mentri Besar was responsible for these things happening and of course, they think that he might have benefited financially.

The rumours went on to say that the Prime Minister might have influenced the Mentri Besar into doing wrong things. These are all rumours. It will be quite impossible to prove anything as the perpetrators are skilled in hiding themselves.

This is not good for a Government keen to abolish corruption and be transparent. To clear its name, an investigation should be made.”

Saya percaya jika Pak Lah benar-benar ikhlas untuk menghapuskan rasuah di Malaysia, maka duit royalti minyak tersebut mesti dikembalikan semula kepada Kerajaan Negeri Terengganu dengan segera tanpa syarat.

Adalah suatu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa duit royalti tersebut tidak pernah diaudit secara rasmi oleh Ketua Audit Negara atau Jabatan Audit Negeri atau disemak secara telus semenjak ia diambil alih pengurusannya oleh Kerajaan Pusat. Ini juga adalah suatu rasuah kuasa yang nyata. Rakyat negeri Terengganu berhak untuk mengetahui kemana duit royalti tersebut dibelanjakan atau dilaburkan.

Akhir kata saya menyeru kepada Pak Lah sebegai Perdana Menteri Malaysia untuk menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mengembalikan semula duit royalti tersebut kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Saya menyeru Pak Lah untuk berpegang teguh kepada janjinya untuk menghapuskan rasuah dalam segala bentuk.

HISYAM BIN YUSOF
(anak jati Terengganu)