Friday, July 18, 2008

Pedoman Hidup


Sering kali apa yang diimpi atau diharapkan tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pelbagai dugaan menghampiri diri ketika saat kita hampir mencapai kejayaan. Berikut disiarkan sedikit panduan atau petua dalam menghadapi dugaan, kegelisahan dan kemurungan.

1. Kita selalu bertanya; “Kenapa aku sentiasa diuji?

Al-Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.

(Surah Al-Ankabut 2-3)

2. Kita selalu bertanya; “Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Al-Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah 216)

3. Kita selalu bertanya; “Kenapa ujian seberat ini?

Al-Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.

(Surah Al-Baqarah 286)

4. Kita selalu bertanya; “Kenapa rasa kecewa?

Al-Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”

(Surah Al-Imran 139)

5. Kita selalu bertanya; “Bagaimana aku akan menghadapinya?

Al-Quran menjawab, “Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”.

(Surah Al-Imran 200)

6. Kita selalu bertanya; “Bagaimana cara aku menghadapinya?

Al-Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

(Surah Al-Baqarah 45)

7. Kita selalu bertanya; “Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Al-Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka…”

(Surah Al-Taubah 111)

8. Kita selalu bertanya; “Kepada siapa aku berharap?

Al-Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakkal”

(Surah Al-Taubah 129)

9. Kita selalu berkata ; “Aku tidak boleh tahan @ Aku tak berdaya lagi?

Al-Quran menjawab, “Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir”.

(Surah Yusuf 12)


Allahu akbar, allahu akbar, walilah ilham.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home