apa ukuran sebenar ekonomi malaysia???
keadaan ekonomi di malaysia sekarang masih tidak menentu. Rakyat biasa mempunyai ukuran tersendiri dan unik untuk menilai samaada ekonomi negara dalam keadaan baik atau sebaliknya. Rakyat biasa tidak biasa dengan bursa saham, nilai mata wang dan import-export. Mereka menilai ekonomi dari sudut kos dan mutu kehidupan harian mereka. Jika mereka makin susah untuk hidup susah atau makin susah untuk hidup biasa, maka ekonomi adalah amat gawat.
Mereka sentiasa hairan dan bertanya di dalam benak atau fikiran mereka:-
1. kenapa harga minyak masih tidak turun;
2. kenapa harga beras dan gula masih tidak turun;
3. kenapa harga ayam dan daging masih tidak turun;
4. kenapa harga rokok makin naik;
5. kenapa harga kereta atau motosikal baru makin mahal;
6. kenapa susah nak dapat pinjaman dari bank;
7. kenapa susah nak dapat kerja yang gaji memuaskan;
8. kenapa harga ubat makin mahal;
9. kenapa graduan universiti masih menganggur;
10. kenapa harga bahan binaan makin mahal;
11. kenapa rasuah di sana sini;
12. kenapa banyak jenayah berlaku;
13. kenapa masih kena bayar yuran sekolah anak-anak;
maka rakyat sedang dan mungkin berfikir bahawa jawapan kepada persoalan diatas adalah:-
kerana ekonomi negara sedang gawat, kerana pemimpin negara tidak tahu menguruskan ekonomi, kerana duit rakyat tidak kembali kepada rakyat, kerana duit rakyat tiris entah kemana, kerana ada rasuah kuasa dan rasuah wang tanpa mempedulikan rakyat, kerana pemimpin tidak berjiwa rakyat.
maka ukuran sebenar seorang pemimpin dalam menguruskan ekonomi di peringkat pusat atau negeri adalah mutu hidup dan fikiran rakyat terhadap ekonomi...
sekian, harap maklum.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home